BERITA UTAMA

Kampung Melayu Sungai Buloh diisytihar Hab Floris Selangor

10 Feb 2018, 10:58 AM
Kampung Melayu Sungai Buloh diisytihar Hab Floris Selangor
Kampung Melayu Sungai Buloh diisytihar Hab Floris Selangor
Kampung Melayu Sungai Buloh diisytihar Hab Floris Selangor

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 10 FEB: Kampung Melayu, Sungai Buloh diisytiharkan sebagai Hab Floris Selangor ekoran perkembangan pesat perusahaan terbabit, di kawasan terbabit.

Exco Infrastruktur & Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, data Agrisgeoportal Jabatan Pertanian Selangor menunjukkan nilai pengeluaran hasil florikultur di Sungai Buloh bagi tahun 2017 mencecah RM4.86 juta daripada nilai hasil seluruh Selangor berjumlah RM13 juta.

"Mengikut data ini, Jabatan Pertanian Selangor mempunyai kawasan industri florikultur seluas 69 hektar dengan pembabitan 79 usahawan.

"Di bawah kawasan khidmat pengembangan pertanian Daerah Gombak/Petaling, keluasan kawasan industri florikultur ini adalah seluas 57.61 hektar dengan 47 usahawan dalam industri ini.

"Bagi Hab Bunga Florikultur Sungai Buloh khususnya, keluasan kawasan industri florikultur adalah seluas 25.15 hektar dengan pembabitan 32 usahawan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Karnival Flori Selangor 2018 di Kampung Melayu Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Zaidy berkata, 40 peratus usahawan florikultur yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian Selangor berada di kawasan Hab Bunga Kampung Melayu Sungai Buloh.

Katanya, industri itu dijangka terus berkembang apabila tanaman bunga-bungaan semakin mendapat permintaan tinggi oleh masyarakat pengguna khususnya penggemar bunga-bungaan untuk dijadikan hadiah atau perhiasan di laman kediaman, taman awam, bangunan pejabat dan lokasi lain.

"Malah, bunga-bungaan turut dijadikan simbol istiadat keagamaan serta sebagai produk herba, produk kecantikan dan terapi kesihatan kepada manusia,"katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619