SELANGOR

Selangor ada pelan rungkai kemelut wanita

8 Feb 2018, 8:35 AM
Selangor ada pelan rungkai kemelut wanita
Selangor ada pelan rungkai kemelut wanita

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 8 FEB: Kerajaan Negeri giat melaksanakan Pelan Tindakan Khas 2017-2020 bagi menyelesaikan isu pertindihan dan tanggungjawab wanita dalam institusi kekeluargaan kini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, tumpuannya termasuklah merangka, menyusun, dan melaksanakan matlamat dan strategi Kertas Dasar Wanita Selangor di bawah kajian Institut Wanita Berdaya (IWB).

"Kerajaan Negeri melaksanakan pelan tindakan wanita Selangor untuk menyelesaikan masalah ini dengan beberapa aspek dikaji bagi mendapatkan penyelesaian jangka panjang.

"Ini bagi memastikan golongan wanita dapat meneruskan kerjaya mereka dan terus berbakti kepada majikan dan Kerajaan Negeri tanpa perlu mengenepikan (tanggungjawab) kepada keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Keseimbangan Hidup Bekerjaya (Work Life Balance) anjuran Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor di Dewan Auditorium Tingkat 2, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Raja Tun Uda, pagi ini.

Terdahulu katanya, wanita kini berdepan masalah 'peranan tradisi' yang menghalang kepada perkembangan jaringan ekonomi golongan itu.

Katanya, realiti itu menyebabkan golongan wanita era ini tidak mampu untuk berdaya saing ke peringkat lebih tinggi apabila terpaksa mengambil pendirian menamatkan perkhidmatan dalam kerjaya masing-masing bagi memberi tumpuan kepada isu kekeluargaan.

Bagaimanapun, Pelan Tindakan Khas 2017-2020 yang dilaksanakan Kerajaan Negeri kini diperkenalkan bagi memantau dan menilai perlaksanaan dasar bagi menjalankan proses pengumpulan maklumat melalui perundingan dan wacana.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619