SELANGOR

Tepis stigma 'wanita hanya di dapur'

8 Feb 2018, 7:15 AM
Tepis stigma 'wanita hanya di dapur'
Tepis stigma 'wanita hanya di dapur'

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 8 FEB : Stigma golongan wanita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu hal rumah tangga perlu ditepis masyarakat kini, kata Pengerusi Institut Wanita Berdaya (IWB), Zuraida Kamarudin.

Beliau berkata, martabat golongan wanita juga perlu diangkat seiring kepentingan kaum lelaki dalam menjana perkembangan ekonomi keluarga.

"Perkara sama juga sering dilihat dalam isu menjaga ibu bapa uzur, seolah-olah terdapat satu stigma di mana dalam tugas penjagaan warga tua, tanggungjawab itu jatuh kepada anak perempuan sahaja.

"Keadaan ini boleh berlaku lebih-lebih lagi sekiranya wanita itu belum berkahwin," katanya.

Beliau berkta demikian ketika berucap pada Seminar Keseimbangan Hidup Bekerjaya anjuran Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor di Dewan Auditorium Tingkat 2, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Raja Tun Uda, pagi ini.

Beliau berkata, realitinya golongan wanita kini dilihat semakin berkembang maju dengan pencapaian golongan itu dalam pelbagai bidang ekonomi dan pendidikan.

"Jika dilihat dari sudut pendidikan, nisbah pelajar lelaki dan wanaita di universiti secara purata menunjukkan dominasi pelajar wanita dengan peratusan sebanyak 60 peratus.

"Malah, ada sesetengah IPT di negara ini hampir 75 peratus pelajarnya adalah golongan wanita berbanding lelaki, tetapi jumlah ini secara jelas tidak diterjemah dengan penglibatan wanita di dalam industri pekerjaan.

"Justeru adalah menjadi kerugian amat besar sekiranya graduan wanita terpaksa memilih antara kerjaya dan keluarga sedangkan mereka mampu memperoleh keseimbangan kedua-duanya," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619