SELANGOR

Pertandingan Kaligrafi Cina inisiatif kekal tradisi

5 Feb 2018, 3:42 AM
Pertandingan Kaligrafi Cina inisiatif kekal tradisi
Pertandingan Kaligrafi Cina inisiatif kekal tradisi

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 5 FEB: Pertandingan Kaligrafi Cina anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Kembangan berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 200 peserta, semalam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, pertandingan yang memasuki edisi ke-9 itu bertujuan meningkatkan taraf kaligrafi cina dalam kalangan anak muda khususnya.

"Ia juga sudah menjadi satu tradisi masyarakat cina menghias rumah dengan tulisan kaligrafi sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

"Selain mengekalkan tradisi, program itu juga bertujuan memupuk hubungan masyarakat tempatan," katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Ean berkata, pertandingan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Seri Kembangan itu disertai pelbagai peringkat usia seawal umur tujuh hingga 60 tahun.

"Pertandinga dibuka kepada tiga kategori iaitu kategori kumpulan terbuka, kumpulan sekolah rendah dan kumpulan sekolah menengah.

"Program ini akan diteruskan untuk tahun akan datang kerana Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggi dan diberi penghormatan oleh masyarakat Cina," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619