SELANGOR

Masyarakat digalak amal kitar semula

4 Feb 2018, 5:58 AM
Masyarakat digalak amal kitar semula

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM,4 FEB : Masyarakat digalakkan mengamalkan budaya dan sikap kitar semula bahan terbuang selain melakukan aktiviti gotong royong.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan Badan Pengurusan Pangsapuri (JMB) untuk mendidik orang ramai mengamalkan kitar semula.

"Pada Mac nanti saya akan bermesyuarat dengan semua JMB bagi menerangkan cara menguruskan sampah domestik dan kepentingan kitar semula.

"Salah satu cara bagi menggalakan supaya lebih ramai mengamalkan sikap kitar semula ini JMB sendiri perlu mengadakan pertandingan kepada penduduk supaya mereka lebih bersemangat," katanya.

Beliau berkata pada Program Gotong-Royong Perdana Pangsapuri 19B PN10422 di Seksyen 19, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Rodziah turut meluangkan masa bersama penduduk pangsapuri berkenaan untuk bergotong-royong membersihkan kawasan itu.

Rodziah berkata, aktiviti gotong royong sebegini seharusnya dilakukan sebulan sekali selain dapat membersihkan kawasan ia juga mengeratkan hubungan kejiranan.

"Diharap masyarakat mulai sedar kepentingan bergotong-royong dan kitar semula kerana selain mengawal Aedes membiak ia juga dapat menjaga bumi kita daripada sebarang pencemaran," katanya.

Terdahulu, program yang berlangsung seawal jam 8 pagi itu turut diadakan aktiviti senamrobik dan jamuan makan.

=EZY=

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619