AGENDA

Pemilihan KEADILAN: Rodziah pertimbang tanding ketua wanita

4 Mac 2025, 3:32 PM
Pemilihan KEADILAN: Rodziah pertimbang tanding ketua wanita

AMPANG JAYA, 4 MAC: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Rodziah Ismail sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan ketua wanita.

Mengakui menerima permintaan dalam kalangan ahli akar umbi untuk memimpin sayap wanita, Ahli Parlimen Ampang berkata keputusan rasmi mengenainya akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

“Semenjak hujung tahun lepas saya didatangi ramai ahli akar umbi yang meminta saya memimpin sayap wanita. Saya amat memahami serta mendapati ada banyak perkara dan ruang yang patut diperbaiki.

“Jadi sekarang ini, saya melihat ada kelesuan dalam organisasi wanita yang perlu diberi nafas balik,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan ibu tunggal di Ampang, malam ini.

Ditanya fokus utama jika bertanding dan dipilih menerajui wanita, beliau berkata akan menggerakan usaha meremajakan sayap parti itu.

“KEADILAN perlu mempertimbangkan bakat-bakat muda, yang bukan hanya diukur sudut umur, tetapi (muda) dari sudut kemahiran, pengalaman baik dan kompeten untuk mengambil alih kepimpinan politik negara.

“Selain itu, tumpuan saya juga memastikan bahawa organisasi wanita ini diperkukuhkan dari sudut suaranya, program dan idealisme yang diperjuang selama ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Rodziah mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua Cabang Shah Alam.

Pemilihan peringkat cabang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 20 April depan manakala pemilihan pucuk pimpinan pusat pada 24 Mei.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619