SELANGOR

Shah Alam terima ketua polis daerah baharu

2 Feb 2018, 2:43 AM
Shah Alam terima ketua polis daerah baharu
Shah Alam terima ketua polis daerah baharu

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 2 FEB: Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Baharudin Mat Taib dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam yang baharu berkuatkuasa semalam.

Beliau menggantikan SAC Shafien Mamat yang bertukar sebagai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Baharudin, 53, juga pernah menjawat sebagai Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Johor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, beliau berharap ketua polis daerah baharu dapat beri yang terbaik untuk daerah Shah Alam.

"Selamat maju jaya kepada kedua-dua pegawai ini yang menerima kenaikan pangkat.

"Diharap semua pegawai dan anggota khususnya di kontinjen Selangor ini memberi kerjasama yang baik kepada ketua polis daerah baru ini untuk usaha mengekang jenayah dalam memberi persepsi terbaik kepada masyarakat," katanya lapor Sinar Harian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619