SELANGOR

Polis pergiat operasi banteras jualan minuman keras tanpa lesen

13 Mac 2018, 2:27 AM
Polis pergiat operasi banteras jualan minuman keras tanpa lesen
Polis pergiat operasi banteras jualan minuman keras tanpa lesen

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 13 MAC: Usaha berterusan pihak polis menjalankan operasi bagi membanteras kegiatan penjualan minuman keras tanpa lesen di daerah ini terus dipergiatkan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata, sebanyak tiga serbuan berjaya dibuat di beberapa lokasi berasingan sekitar kawasan Seksyen 27, yang membawa kepada penangkapan seramai empat pekerja premis.

Katanya, tangkapan itu melibatkan tiga lelaki warganegara Myanmar dan seorang lelaki warganegara India.

"Dalam serbuan tersebut, kami merampas 222 tin dan 723 botol minuman keras pelbagai jenama dipercayai tiruan.

"Dua set pembesar suara dan mesin kira-kira serta wang tunai berjumlah RM30,000 melibatkan kegiatan itu turut dirampas," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 76 Akta Eksais 1976 kerana memiliki dan menjual minuman keras tanpa lesen sah yang membawa hukuman denda lebih daripada RM5,000

Sementara itu, Baharudin menggesa orang ramai supaya dapat menyalurkan maklumat agar tindakan dapat diambil ke atas premis yang disyaki melakukan urus niaga penjualan minuman keras.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619