BERITA UTAMA

'Pothole Rangers' MPK respon baiki jalan tempoh 24 jam

30 Jan 2018, 5:17 AM
'Pothole Rangers' MPK respon baiki jalan tempoh 24 jam
'Pothole Rangers' MPK respon baiki jalan tempoh 24 jam

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 30 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan pasukan 'Zero Pothole' bagi menyelenggarakan jalan rosak dan berlubang dalam tempoh 24 jam.

Yang DiPertuanya, Dato' Mohamad Yasid Bidin berkata sejumlah RM500,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja pembaikan dalam tempoh tiga bulan bermula Januari hingga April depan.

Katanya, pasukan yang dinamakan 'Pothole Rangers' itu akan bergerak sepanjang masa di seluruh kawasan Klang untuk mengesan dan membuat kerja tampalan.

"Pada masa kini, kerja-kerja pembaikan jalan dilaksanakan oleh empat pasukan Jabatan Kejuruteraan sedia ada secara dalaman membabitkan kawasan Klang Utara, Klang Selatan, Pelabuhan Klang dan Klang Timur sepanjang 1,500 kilometer.

"Setiap pasukan ini dilengkapi dengan kenderaan pengangkutan, jentera dan peralatan. Pasukan ini akan menggunakan bahan 'coldmix' sama ada melalui aduan atau rondaan," katanya pada pelancarannya, di sini.

[caption id="attachment_209717" align="aligncenter" width="659"] Grafik Oleh: Ezli007[/caption]

Yasid berkata kerja yang dilaksanakan akan membabitkan pembaikan jalan rosak yang besar dan sesuai dengan menggunakan premix panas sahaja.

"Keadaan ini tidak dapat menampung lain-lain kawasan yang mengalami kerosakan kecil jalan dalam satu masa," katanya.

Beliau berkata tindakan penampalan lubang akan dilaksanakan secepat mungkin dalam tempoh 24 jam daripada aduan diterima sama ada pada waktu bekerja atau cuti am.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619