BERITA UTAMA

35,000 petugas SPR, sedia hadapi PRU14

26 Jan 2018, 8:06 AM
35,000 petugas SPR, sedia hadapi PRU14
35,000 petugas SPR, sedia hadapi PRU14

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 26 JAN: Seramai 35,000 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab memastikan proses kelancaran perjalanan Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14), di negeri ini.

Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri (SPR), Kamarulzaman Ahmad Sabri berkata, tiada keperluan penambahan jumlah kakitangan diperlukan menjelang tempoh pilihanraya depan.

"Namun jika ada keperluan untuk menambah petugas, pejabat pegawai pengurus SPR akan menambah keperluan kakitangan.

"Untuk tempoh ini, petugas SPR terdiri daripada mereka yang berkhidmat di jabatan awam, guru-guru, pegawai daerah, petugas di agensi kerajaan dan agensi swasta," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Taklimat Pilihanraya Petugas Media Peringkat Negeri Selangor di Hotel Concorde, pagi ini.

Terdahulu, taklimat pilihanraya SPR disampaikan Ketua Progoram Pengurusan Strategik Akademi Pilihan Raya SPR, Khadijah Ishak dan Penolong Pengarah Pengurusan Strategik Akademi Pilihan Raya (SPR), Aina Osman.

Difahamkan, 30 agensi media menyertai taklimat berkenaan bagi mendapatkan pemahaman jelas prosedur pilihan raya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619