NASIONAL

Kementerian Kesihatan kesan lima produk kosmetik beracun

25 Jan 2018, 3:36 AM
Kementerian Kesihatan kesan lima produk kosmetik beracun
Kementerian Kesihatan kesan lima produk kosmetik beracun

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 25 JAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara produk yang dikesan adalah Dnars Honey Cream, Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus dan Luffya Night Cream 1 yang mempunyai hydroquinone serta tretinoin.

Sementara itu, Dnars Yellow Gold Collagen dan Luffya Night Cream 2 dikesan mengandungi merkuri.

"Notifikasi produk kosmetik terbabit sudah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual, di dalam produk berkenaan.

"Produk yang mengandungi hydroquinone juga tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Ia boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, malah kulit menjadi hipersensitif," katanya dalam kenyataan.

Manakala, produk yang dicampur dengan tretinoin juga boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Bagi kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan sehingga merosakan buah pinggang dan sistem saraf.

Dr Noor Hisham memberi amaran kepada penjual dan pengedar produk kosmetik untuk menghentikan penjualan juga pengedaran produk terbabit serta-merta.

"Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000," katanya.

Orang awam yang sedang menggunakan produk itu dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan

Pengguna dan orang ramai boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik di laman sesawang rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di http://npra.moh.gov.my/.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619