PBT

Noraini fokus tingkat kualiti komuniti bandar

24 Jan 2018, 9:19 AM
Noraini fokus tingkat kualiti komuniti bandar
Noraini fokus tingkat kualiti komuniti bandar

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SUBANG JAYA, 24 JAN: Pembaharuan pengurusan bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti bandar menjadi fokus utama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) baru, Noraini Roslan.

Katanya, beliau masih dalam proses melihat sistem sedia ada untuk ditambah baik.

"Saya merangka untuk melakukan pengurangan pembaziran dari segenap aspek sama ada dalam bentuk masa, kakitangan dan kewangan supaya kita dapat lakukan penjimatan ke atas pembangunan, namun dapat meningkatkan kebajikan masyarakat.

"Selain itu, juga saya sedang melihat pengurusan sisa pepejal membabitkan pembuangan secara pukal yang masih lagi berlaku walaupun Subang Jaya adalah kawasan perbandaran," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat penuh MPSJ, pagi tadi.

Beliau berkata, MPSJ antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang cemerlang dalam Malaysia dan mendapat pengiktirafan lima bintang, justeru tidak banyak perubahan ketara perlu dilakukan.

"Selama tiga minggu saya berkhidmat di MPSJ, tidak banyak perubahan diperlukan dari segi sistem, cuma terdapat beberapa perkara perlu penambahbaikan yang membawa kepada kecekapan," katanya.

Noraini merupakan wanita kedua menerajui PBT di bandar, pada 3 Januari lalu selepas Datin Paduka Alinah Ahmad ketika bergelar Datuk Bandar Petaling Jaya, pada 2013.

Noraini pernah menjawat jawatan sama ketika menerajui Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) hampir 11 tahun sebelum beliau menjadi Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) .

Kini, beliau mengambil alih jawatan berkenaan daripada penyandang, Dato' Norhisham Ahmad Dahlan yang bersara, pada Mei tahun lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619