BERITA UTAMA

SITEC peneraju latihan teknologi maklumat

23 Jan 2018, 8:40 AM
SITEC peneraju latihan teknologi maklumat
SITEC peneraju latihan teknologi maklumat

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 JAN: Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC) mencapai prestasi membanggakan dengan muncul institusi peneraju latihan teknologi maklumat di negara ini, sejak lebih tiga tahun lalu.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan, Dato' Teng Chang Khim berkata, dalam tempoh itu SITEC berperanan mengendalikan pelbagai program berkaitan bidang berkenaan untuk dikongsi bersama pihak berkaitan.

"SITEC menunjukkan prestasi luar biasa dalam tempoh tiga setangah tahun lalu dan muncul peneraju dalam bidang ini mengatasi pelbagai agensi lain, di Malaysia.

"Saya mengucapkan tahniah kepada semua tenaga kerja di SITEC atas pencapaian ini," katanya ketika merasmikan Kelas E-Dagang 2018 (E-Commerce Class 2018), di pejabat SITEC di sini, hari ini.

Beliau berkata, kepakaran SITEC tidak terbatas dalam bidang latihan e-dagang ttapi turut merangkumi program dalam talian (online).

Katanya, program "Online 100" diadakan kini mencatat kira-kira 300 peserta dalam tempoh Jun 2015 hingga Disember tahun lalu dan melepasi sasaran ditetapkan.

"Melalui program dijalankan, SITEC turut menjana hasil jualan lebih kurang RM7.3 juta dan pencapaian ini tidak pernah diraih pihak lain.

"Maka, kita perlu terus melangkah ke hadapan dengan program seterusnya, mungkin dengan sasaran baru "Online 1,000" pula," katanya.

Turut hadir, Ketua Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619