SELANGOR

Peruntukan RM390,000 bina semula balai raya

16 Jan 2018, 6:34 AM
Peruntukan RM390,000 bina semula balai raya
Peruntukan RM390,000 bina semula balai raya
Peruntukan RM390,000 bina semula balai raya

OLEH SHEEDA FATHIL

RAWANG, 16 JAN: Kerajaan Negeri memperuntukan RM390,000 bagi tujuan meroboh dan membina semula pembangunan infrastruktur Balai Raya Kampung Dato' Lee Kim Sai, di sini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, balai raya itu dibina semula bagi menggantikan pembinaan sebelum ini yang berstruktur papan.

"Balai raya yang bakal siap Februari ini adalah berstruktur batu dan lebih moden daripada asal.

"Kerja menaik taraf perlu dijalankan bagi memudahkan komuniti di kawasan Kampung Dato'Lee Kim Sai ini melakukan aktiviti kemasyarakatan,"katanya.

Beliau berkata ketika membuat lawatan ke tapak pembinaan Balai Raya Kampung Dato'Lee Kim Sai, di sini, hari ini.

Terdahulu, balai raya dua tingkat itu turut mempunyai pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat di tingkat atas dan kawasan lapang di bahagian bawah untuk mengadakan aktiviti 'indoor'.

Pada masa sama, Hian Wah berkata, pembangunan balai raya itu dimulakan projeknya pada 7 September tahun lalu dan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Gombak.

Terdahulu, pada Belanjawan 2018 Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta untuk pembangunan kampung baru.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619