BERITA UTAMA

Aduan masalah air negeri turun 20 peratus

16 Jan 2018, 4:58 AM
Aduan masalah air negeri turun 20 peratus
Aduan masalah air negeri turun 20 peratus

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 JAN: Aduan masalah gangguan air melibatkan komuniti setempat di Selangor berkurangan sebanyak 20 peratus bagi tempoh 2017 lalu.

Pengurus Operasi Air Selangor, Ir Abas Abdullah menyifatkan kejayaan itu sebagai perkembangan positif hasil pelaksanaan penstrukturan air negeri.

"Kebanyakkan aduan yang kami terima sebelum ini adalah daripada rungutan pengguna yang membuat aduan terhadap masalah gangguan air setempat.

"Namun, aduan ini berjaya dikurangkan sebanyak 20 peratus hasil daripada gerak kerja dan komitmen pengurusan air Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Taklimat Jawatakuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Negeri Selangor (JPK-SAS), di Bangunan Annexe, pagi ini.

Terdahulu, CRIS atau ‘Customer Information Systems’ diperkenalkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam memastikan perkhidmatan pengurusan air yang lebih efektif dan efisyen.

Inisiatif reformasi baru Pengurusan Air Selangor itu bertujuan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, pengguna dan pembayar bil.

Sistem baru terbabit menggantikan sistem penggebilan lama yang berkemampuan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619