SELANGOR

RM1 juta untuk ABIM teruskan misi bantuan kemanusiaan Syria

16 Jan 2018, 2:20 AM
RM1 juta untuk ABIM teruskan misi bantuan kemanusiaan Syria
RM1 juta untuk ABIM teruskan misi bantuan kemanusiaan Syria
RM1 juta untuk ABIM teruskan misi bantuan kemanusiaan Syria

 

OLEH NORHAYATI UMOR

GOMBAK, 16 JAN: Sejumlah RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bagi meneruskan usaha pertubuhan itu dalam misi bantuan kemanusiaan ke Syria.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, sumbangan terbabit diamanahkan oleh Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin kepada ABIM untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, Mohamed Azmin sangat prihatin dan cepat meluluskan permohonan ABIM supaya melaksanakan misi itu dengan segera.

"Kerajaan Negeri mahu melihat ABIM dan pemuda belia komited meneruskan perjuangan ini.

"Diharapkan ABIM memanfaatkannya sebaik mungkin terutamanya membantu pelarian ketika musim sejuk ini," katanya kepada SelangorKini selepas penyerahan cek sumbangan di Pejabat ABIM, semalam.

Dr Daroyah berkata, Kerajaan Negeri mengalukan dan menyokong perjuangan yang dilaksanakan ABIM sekali gus merancang meneruskan pelbagai bantuan akan datang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Life Line for Syria, Syahir Azfar berkata pihaknya mengalukan dan berterima kasih atas sumbangan terbabit.

Katanya, dengan sumbangan itu sedikit sebanyak membantu memudahkan perjalanan misi kemanusian itu nanti.

"Kita berharap sumbangan ini boleh dijadikan pilot projek atau projek angkat Selangor dalam pelbagai lagi misi kemanusian selepas ini," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619