Masjid Kampung Raja Uda Masjid Pertama Pusatkan Program MPK Prihatin

12 அக்டோபர் 2012, 6:12 AM
Masjid Kampung Raja Uda Masjid Pertama Pusatkan Program MPK Prihatin

PELABUHAN KLANG 12 OKT : Masjid Kampung Raja Uda, di sini di pilih sebagai pusat bagi 'Program Majlis Perbandaran Klang (MPK) Prihatin'.

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ehsan Mukri berkata, masjid itu merupakan yang pertama dipilih dalam Program MPK Prihatin memandangkan ia baru digunakan.

Katanya, MPK sentiasa menyokong sebarang program yang ingin menjadikan masjid sebagai sebuah institusi ibadah dan pembangunan ummah termasuk menghijaukan kawasan sekitar dengan aktiviti penanaman pokok.

Beliau berkata, program itu bakal diperluaskan di masjid-masjid lain di seluruh daerah Klang.

"Saya bersyukur kerana program ini mendapat kerjasama daripada pemimpin dan penduduk setempat serta pada masa ia merupakan salah satu aktiviti dalam Local Agenda 21 .

"Malah program yang kita adakan ini juga merupakan salah satu platform terbaik mengeratkan lagi perhubungan antara majlis dengan masyarakat setempat," katanya di dalam satu kenyataan media selepas perlancaran program itu.

Hadir sama, Ahli Majlis, Ismail Arsat ; Pegawai Tadbir Agama, Abd Malek Ramli ; Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam (JKPA) MPK ,Norfiza Mahfiz ; Pengurusan masjid dan pemimpin serta penduduk setempat.

Pada majlis itu, Ehsan turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Kampung Raja Uda dan berharap kerjasama seperti ini akan diteruskan pada  masa akan datang.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619