SPRM gagal selesai 99.3 peratus kes rasuah walaupun berbelanja RM1 bilion

23 அக்டோபர் 2013, 5:49 AM
SPRM gagal selesai 99.3 peratus kes rasuah walaupun berbelanja RM1 bilion

sprm rasuahKUALA LUMPUR 23 OKT : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih gagal menyelesaikan kira-kira 99.3 peratus kes rasuah walaupun menerima peruntukan hampir RM1 bilion, sejak tahun 2009.

Ahli Parlimen Kampar, Ko Chung Sen, berkata berdasarkan kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, hanya 75 peratus atau 1274 kes disabit kesalahan berbanding 1692 kes yang didakwa sejak 2009 hingga Jun lalu.

Katanya, walaupun terdapat peningkatan terhadap peruntukan dan kakitangan SPRM, namun jumlah kes yang didakwa dan disabit adalah menurun dalam tempoh tiga tahun lalu.

"Perkara ini tidak menjadi masalah sekiranya tidak berlaku kes rasuah di Malaysia. Bagaimanapun, Malaysia dikenalpasti sebagai salah sebuah negara yang mengalami korupsi tinggi berdasarkan laporan Wall Street Journal (Disember 2012) dan Earnest and Young, pada September lalu," katanya dalam sidang media, di lobi Parlimen, pagi tadi.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga gagal menghapuskan kes rasuah di Malaysia walaupun berjanji untuk melakukannya ketika berucap di Kelab Komanwe, San Fransisco, Amerika Syarikat, September lalu.

"Mengurangkan rasuah adalah salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan pada Januari 2012.

"Beliau berjanji akan menjadikan rasuah sebagai satu perkara 'yang lalu' di Malaysia," katanya.

-NFN-

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619