Saman AES Kerajaan Pusat Diminta Dedah Peruntukan Perjanjian

24 செப்டெம்பர் 2012, 8:07 AM
Saman AES Kerajaan Pusat Diminta Dedah Peruntukan Perjanjian

KUALA LUMPUR 24 SEPT : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuntut Kerajaan Pusat mendedahkan peruntukan dalam perjanjian untuk sistem saman trafik automatik (AES) bagi memastikan ia tidak berat sebelah dan memihak kepada yang terlibat.

Katanya, perkara itu dituntut ekoran kenyataan Kementerian Pengangkutan bahawa AES dimiliki kementerian dan bukannya oleh entiti persendirian.

Beliau berkata, perkara itu berbeza dengan pendedahan sebelum ini yang pernah melibatkan dua syarikat terlibat dalam kontrak melaksanakan sistem itu.

"Sedangkan kenyataan kementerian tidak menyebut mengenai Beta Tegap Sdn Bhd atau ATES Sdn Bhd yang dikatakan membina dan melaksana sistem tersebut.

"Apa peranan mereka dan jika mereka memang berperanan, apa terma perjanjian itu," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Mahfuz turut meminta kerajaan menjelaskan sekiranya Kerajaan Pusat perlu menampung baki kutipan sekiranya tidak mencapai sasaran RM6 juta setahun.

Beliau juga mempersoalkan tindakan pemasangan kamera statik dan bergerak (mobile) di kawasan 60 hingga 70 kilometer (KM) yang terdapat dalam 14 lokasi AES itu.

Sebelum ini, lidah rasmi PKR, Keadilandaily.com mendedahkan kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan dua syarikat pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd, yang mana kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619