200 wanita sertai Diskusi Khas Muslimat Semarak Ramadan

15 ஜூன் 2016, 6:53 AM
200 wanita sertai Diskusi Khas Muslimat Semarak Ramadan
200 wanita sertai Diskusi Khas Muslimat Semarak Ramadan

OLEH: LIZAWATI MADFA

KLANG, 15 JUN: Hampir 200 wanita menyertai program Diskusi Khas Muslimat sempena Semarak Ramadan 2016 peringkat daerah ini, hari ini.

Bertempat di Masjid Ahmadi, majlis perasmian penutup disempurnakan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

CP2A3760Daroyah berkata, ia merupakan program sulung tahun ini sebelum dilaksanakan di kesemua sembilan daerah di Selangor.

"Kita menerima sambutan menggalakkan dalam kalangan wanita yang dahagakan ilmu seperti bacaan Al-Quran dan sebagainya.

"Usaha ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memberdayakan wanita dari segi rohani dan jasmani," katanya kepada SelangorKini.

Bermula jam 8 pagi, program antara lain meliputi sesi solat sunat dhuha dan tasbih, zikir munajat, majlis tadarus dan penyampaian ceramah.

Program Diskusi Khas Muslimat mula dilaksanakan di seluruh Selangor pada 2012 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

EZY

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619