Nurul Izzah: Legasi BN, terus mungkir janji kebajikan rakyat

15 ஜூன் 2016, 5:14 AM
Nurul Izzah: Legasi BN, terus mungkir janji kebajikan rakyat
Nurul Izzah: Legasi BN, terus mungkir janji kebajikan rakyat

OLEH : ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 JUN : Kenyataan Barisan Nasional kononnya mahu mempertahankan kemenangan di Sungai Besar bagi tujuan kepentingan rakyat ditempelak, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, kemenangan BN hanya mengheret kepada episod kesengsaraan apabila kebajikan dan kepentingan rakyat terus dinafikan di bawah kegagalan pentadbiran parti itu.

"Pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar sekali lagi memperlihatkan kemahuan BN untuk mempertahankan kerusi kononnya atas dasar ‘kepentingan’ rakyat.

bantah-gst"Sebaliknya, rakyat merasai kesempitan hidup dibawah kerajaan Najib Razak dengan kenaikan harga barang, minyak, dan GST.

"Undi calon BN di PRK Sungai Besar, YB Budiman tidak lain hanyalah meneruskan legasi BN, iaitu legasi mungkir janji kepada rakyat," katanya kepada SelangorKini.

Jentera kempen Barisan Nasional sebelum ini menegaskan keperluan masyarakat Sungai Besar untuk memilih calon mereka, Budiman Mohd Zohdi kononnya bagi memastikan aspek kebajikan penduduk menjadi keutamaan.

Bahkan, Budiman ketika sesi berkempen ke sekitar kawasan masyarakat Sungai Besar turut membawa tema 'Meneruskan Legasi BN' sebagai kaedah meraih undi terhadap parti itu.

Bagaimanapun, Nurul Izzah yang juga Pengarah Pilihanraya KEADILAN berkata, Budiman hanyalah legasi yang akan terus memungkiri janji-janji kerajaan pentadbir.

"Menjadi satu tanggungjawab moral apabila pemimpin yang dipilih oleh rakyat mempunyai keupayaan prinsip dalam mengurangkan beban rakyat.

"Malangnya, dengan mengundi calon Barisan Nasional, akan membuka ruang terhadap satu lagi calon yang meneruskan legasi Barisan Nasional iaitu legasi memungkiri janji," katanya.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan calon AMANAH, Ustaz Azhar Ab Shukur manakala PAS meletakkan Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calonnya.

EZY

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619