MPK serbu pasar raya jual barang tarikh luput

15 ஜூன் 2016, 5:10 AM
MPK serbu pasar raya jual barang tarikh luput
MPK serbu pasar raya jual barang tarikh luput

OLEH : NORHAYATI UMOR

KLANG, 15 JUN: Sebuah pasar raya terkenal di daerah ini didapati menjual barangan yang tamat tarikh luput dan melanggar Akta Makanan 1983 semasa operasi khas Majlis Perbandaran Klang (MPK) sempena musim perayaan tidak lama lagi.

Yang Di Pertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata selain menjual barangan tamat tarikh luput, pasar raya itu juga didapati melakukan kesalahan berkenaan label makanan, tin makanan didapati kemek dan beberapa kesalahan lain.

MPK"Dalam serbuan itu beberapa produk makanan turut disita," katanya dalam kenyataan.

Yasid berkata operasi dijalankan oleh Jabatan Kesihatan MPK itu bertujuan melindungi pengguna daripada bahaya kesihatan serta penipuan dalam penyediaan dan penjualan makanan.

Selain itu, katanya operasi itu bertujuan memastikan makanan dijual dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu sentiasa berkualiti, bersih dan bermutu.

Yasid turut mengingatkan pengguna supaya sentiasa berwaspada terutama menjelang musim perayaan dalam aspek membabitkan mutu makanan dan label pembungkusan makanan.

"Orang ramai juga perlu memastikan barangan dibeli di dalam tin tidak berkarat, menggelembung atau kemek serta mempunyai tarikh luput bagi mengelakkan masalah berkaitan kesihatan kelak," katanya.

Yasid berkata premis menjual makanan sudah tamat tarikh luput, rosak, tercemar, tidak berlabel dan tidak mempunyai maklumat lengkap akan berdepan tindakan tegas termasuk sitaan.

Katanya, operasi khas itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

EZY

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619