MPK giat laksana kempen tak guna plastik dan polisterin

15 ஜூன் 2016, 5:02 AM
MPK giat laksana kempen tak guna plastik dan polisterin
MPK giat laksana kempen tak guna plastik dan polisterin
MPK giat laksana kempen tak guna plastik dan polisterin

OLEH : NORHAYATI UMOR

KLANG, 15 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) kini sedang giat melaksanakan kempen untuk tidak menggunakan plastik dan polisterin di kawasan pentadbirannya.

Yang DiPertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata perlaksanaan itu juga selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kempen pengurangan penggunaan beg plastik dan bekas makan polisterin .

MPK"Seperti yang kita sedia maklum, kesan penggunaan bahan ini menjejaskan alam sekitar kerana mengambil masa lama diuraikan dan memberi kesan negatif terhadap persekitaran.

"Ianya juga selaras dengan misi Kerajaan Negeri tentang pelaksanaan kempen kesedaran kitar semula kertas serta pengurangan penggunaan beg plastik dan polisterin di bangunan Kerajaan Negeri bagi menjadikan Selangor Bandar Hijau dan mengingkatkan kualiti alam sekitar," katanya dalam kenyataan.

Yasid berkata tindakan dilaksanakan untuk manfaat semua pihak selaras dengan usaha memelihara alam sekitar dan memberi kesedaran mengenai kelestarian alam,

polisterinBeliau berkata MPK sedar penggunaan polisterin masih lagi belum diharamkan di peringkat negeri, namun MPK mengambil pendekatan memberi ‘pendidikan kesihatan’ kepada masyarakat bagi menyedarkan tentang kebaikan kempen itu terhadap alam sekitar.

"Antara usaha promosi dilakukan MPK ialah mengedarkan risalah kepada masyarakat terutamanya golongan peniaga, kantin sekolah dan pejabat kerajaan.

"Selain itu MPK juga memasang papan kenyataan peringatan di seluruh gerai milik agar peniaga mematuhi syarat dikenakan kepada MPK," katanya.

EZY

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619