Gangguan Air Ekoran Pembaikan Paip, Pengguna Diminta Waspada

7 அக்டோபர் 2013, 5:48 AM
Gangguan Air Ekoran Pembaikan Paip, Pengguna Diminta Waspada
Gangguan Air Ekoran Pembaikan Paip, Pengguna Diminta Waspada

gangguan-bekalan-airISNIN, 07 OKT : Beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran kerja-kerja kecemasan pembaikan paip di Rumah Pam Wangsa Maju.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS,  Priscilla Alfred berkata kerja-kerja pembaikan itu dijadual dapat disiapkan dalam tempoh 8 jam bermula 7 Oktober, 10.00 malam hingga 6.00 pagi keesokan harinya.

"Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini akan bersabar dengan kesulitan tersebut kerana pembaikan separa tersebut perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kerosakan serta gangguan bekalan air yang lebih besar,"jelasnya menerusi satu kenyataan media.

Priscilla juga menasihatkan pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222.

Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ?facebook? dengan menaip ?puspel? atau ?puspel syabas?.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang terjejas ekoran kerja-kerja pembaikan Rumah Pam Wangsa Maju:

kawasan-terjejas1

 

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619