MPS sita rangka bangunan

26 செப்டெம்பர் 2013, 7:04 AM
MPS sita rangka bangunan
MPS sita rangka bangunan
MPS sita rangka bangunan

sita rangka bangunan majlis perbandaran selayang 01

RAWANG, 26 Sept : Majlis Perbandaran Selayang menyita dua rangka bangunan milik JRD Development yang dipercayai untuk dijadikan stor barangan di Batu 20, Jalan Ipoh, Rawang.

Projek pembangunan ini dipercayai dilakukan atas tanah milik Kerajaan Negeri seluas kira-kira 2 ekar.

Permohonan untuk pembinaan ini dibuat pada Jun tahun lepas, namun demikian projek dilakukan sebelum mendapat kelulusan Majlis.

sita rangka bangunan majlis perbandaran selayang 02"Majlis mengambil kira aduan orang awam dan juga laluan keluar masuk dan infrastruktur sebelum tindakan diambil," kata juruteknik Jabatan Bangunan MPS, Mohd Affendy Mohd Amin.

Bagi kesalahan pembinaan sebelum lulus, pihak terbabit dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 di bawah Akta 70(1) , Akta Parit dan Bangunan, namun sehingga sekarang tiada bayaran dibuat.

sita rangka bangunan majlis perbandaran selayang 04JRD mendakwa tanah lot 680 ini merupakan milik mereka dan MPS masih dalam proses semakan semula.

Sebanyak tiga notis dikeluarkan pihak majlis, iaitu notis memberhentikan kerja binaan pada 28.08.2013, saman pada 18.09.2013, manakala yang terbaru notis sita serta-merta, hari ini.

Pembinaan ini dibina tanpa kelulusan bermula 13 Ogos 2013.

Operasi yang melibatkan lima orang anggota penguatkuasa ini dijalankan hasil maklumat orang awam dan pantuan Majlis. Hadir sama dalam operasi, Ahli Majlis Zon Rawang, Cheah Moon Hwa.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619