Minyak naik punca kos penyelenggaraan teksi meningkat

11 செப்டெம்பர் 2013, 7:31 AM
Minyak naik punca kos penyelenggaraan teksi meningkat

teksi lembah klangSHAH ALAM, 11 SEPT: Meskipun kebanyakan teksi di Lembah Klang menggunakan Kenderaan Gas Asli (NGV) sebagai teksi, keputusan kerajaan menaikkan harga minyak tetap memberi kesan.

Ini berikutan kenaikan harga bahan api itu menyebabkan kos penyelenggaraan meningkat 30 peratus, sekaligus menyusutkan pendapatan bersih pemandu teksi.

Pengerusi Persatuan Badan Bertindak PemanduTeksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan, berkata kebanyakan teksi secara purata beroperasi dalam jarak perjalanan 300 kilometer atau 12 hingga ke 16 jam sehari.

Jarak perjalanan harian itu, katanya, menyebabkan kos penyelengaraan teksi lebih berbanding kenderaan persendirian biasa.

"Ia memberi impak kepada kos logistik sebab komponen gas sekarang mula naik harga dalam 30 peratus. Secara tidak langsung memberi kesan kepada kos penyelengaraan teksi.

"Pendapatan kita akan habis ke kos penyelengaraan yang naik terlampau tinggi. Itu menyebabkan pemandu teksi tak akan boleh hidup," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Amran berkata, pemandu teksi yang purata pendapatan dianggar sekitar RM1,500. turut menerima impak dengan kenaikan harga barangan keperluan harian seperti rakyat lain.

- FZL

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619