Graduan KUIS buta mata, cerah minda

11 செப்டெம்பர் 2013, 5:24 AM
Graduan KUIS buta mata, cerah minda

kuis buta

BANGI, 11 SEPT : Cacat penglihatan bukan penghalang buat Khairul Azwan Wahab untuk berjaya menggenggam segulung Ijazah Komunikasi (Penyiaran).

Khairul,25 merupakan antara 1,896 graduan daripada pelbagai bidang yang menerima sijil diploma dan Ijazah masing-masing pada Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

"Jangan jadikan kecacatan sebagai kekurangan dan pengahalang untuk kita berjaya, sebaliknya jadikanlah kecacatan itu sebagai satu kekuatan untuk kita berjaya pada masa akan datang.

"Tiada yang mustahil di dalam dunia ini, sekirannya kita berusaha dengan gigih, sesuatu yang gelap pasti menjadi cerah,"jelasnya.

Anak peneroka Felda dari selatan tanah air itu berkata, kurikulum berlandaskan Islam serta persekitaran pembelajaran yang tenang dan selesa di KUIS adalah faktor pendorong dan kekuatan untuknya berjaya seperti insan normal yang lain.

Khairul kini sedang berkhidmat sebagai pegawai sambilan di Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI).

Beliau adalah anak kedua daripada enam adik beradik dan mengalami cacat penglihatan sejak lahir.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619