Kenaikan harga barang bukan takdir, Islam bela hak pembeli

9 செப்டெம்பர் 2013, 8:08 AM
Kenaikan harga barang bukan takdir, Islam bela hak pembeli

Datuk-Tuan-Ibrahim-Tuan-Man barangSHAH ALAM, 9 SEPTEMBER - Kerajaan tidak wajar meletakkan kesalahan kepada takdir semata-mata apabila harga barangan keperluan harian naik ketika ada kumpulan hidup mewah.Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, Islam bukan sahaja membela hak peniaga sebaliknya turut menitik berat hak pembeli supaya konsep adil dapat dilaksanakan sebaiknya.Katanya, petikan hadis yang disebut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari dalam artikel 'Harga Barang Ketetapan Allah' digunakan dalam konteks salah.

"Memang hakikat naik turun, ajal maut semua ketentuan Allah tetapi bukan bermakna pemerintah boleh sesuka hati meletakkan kesalahan kepada takdir.

"Kalau manusia (peniaga) boleh buat begitu maka kita tengok dalam Islam hak adil bukan kepada peniaga sahaja tetapi pembeli juga kena berlaku adil.

"Demikian juga kalau kita tengok kerajaan memotong subsidi untuk rakyat tetapi dalam waktu sama golongan korporat dan bangsawan lihat hidup melampau-lampau mewah," katanya kepada TV Selangor.

Menyifatkan kenyataan itu perlu diperbetul semula bagi mengelakkan salah faham, Tuan Ibrahim berkata, kenyataan Fathul Bari membawa gambaran imej negatif terhadap Islam.

Seolah-olah, katanya, Islam membenarkan peniaga meletakkan harga sesuka hati dan menganggapnya sebagai ketentuan Allah.

- FZL

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619