RON 95: Najib gagal tepati janji, biar rakyat terbeban

4 செப்டெம்பர் 2013, 4:53 AM
RON 95: Najib gagal tepati janji, biar rakyat terbeban

ron95SHAH ALAM, 4 SEPTEMBER - Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekali lagi gagal menetapi janji sebelum pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) apabila mengumumkan kenaikan harga minyak.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, kenaikan harga bahan bakar itu bakal memberi kesan jangka panjang kepada rakyat yang turut berdepan kenaikan harga barangan keperluan.

Menyatakan Perdana Menteri itu pernah berjanji tidak menaikkan harga minyak selepas PRU 13, beliau berkata, kenaikan itu tentu membawa kesan negatif berpanjangan kepada sosio-ekonomi rakyat.

'Ia akan menyebabkan bebanan jangka panjang kepada rakyat."Change effects" juga akan berlaku yang menyebabkan kos pengangkutan naik hingga air kopi juga akan naik seterusnya menyebabkan sosio-ekonomi rakyat berubah,'jelasnya.

Bercakap kepada TV Selangor, Sim berkata, polisi menaikkan harga minyak menunjukkan Najib terdesak melindungi kepentingan kroninya sedangkan bebanan itu ditanggung rakyat.

"Najib memihak kepada kroninya seperti Independent Power Producer (IPP) dan sebagainya menyebabkan rakyat sengsara tetapi sektor korporat mendapat keuntungan.

"Ini berbeza dengan Pakatan. Kita ada polisi lebih baik untuk menurunkan harga minyak. Jika kita diberi peluang untuk mentadbir pada PRU lalu, kita akan gunakan alternatif itu,"katanya.

- FZL

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619