Umno-BN Cuba “Membeli Pengundi” Dengan Beras

2 மே 2013, 8:06 AM
Umno-BN Cuba “Membeli Pengundi” Dengan Beras
Umno-BN Cuba “Membeli Pengundi” Dengan Beras
Umno-BN Cuba “Membeli Pengundi” Dengan Beras

charles BN bagi beras 01

KLANG 2 MEI : Penyandang Parlimen Klang, Charles Santiago mendakwa terdapat usaha membeli undi melibatkan calon dan jentera Barisan Nasional di kawasan itu.

Beliau mendakwa menerima aduan semalam bahawa sekumpulan petugas BN memberi beras dengan bungkusan yang tertera dengan gambar calon BN dan mesej supaya mengundi gagasan itu.

Petugas itu menaiki trak ke taman perumahan dan mengagihkan bungkusan-bungkusan tersebut kepada penduduk.

"Kes ini berlaku di Pandamaran kira-kira jam 9.30 pagi hingga 10 pagi. Bungkusan itu tertera gambar calon dan slogan undilah BN serta logo 1Malaysia dan BN.

?Antara gambar calon itu ialah Datuk Azman Ching dan Datuk TehKim Poo," katanya dalam sidang media, di Bilik Gerakan Parlimen Klang, di sini.

charles BN bagi beras 03

Charles mengutuk tindakan tersebut dan berkata ia mencemar proses demokrasi dan ikrar integriti yang ditandatangani Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Beliau berkata terdapat aduan bahawa perkara sedemikian berlaku sebelum hari pernamaan calon tetapi pihaknya tidak mendapat bukti.

"Dalam kejadian semalam kita ada bukti, kita ada gambar BN membeli undi," katanya.

Charles juga tidak menolak perkara sedemikian berlaku di seluruh Selangor.

Beliau akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pihanraya (SPR) hari ini tentang perkara tersebut.

Dalam perkembangan lain, Charles memaklumkan bahawa terdapat beberapa kes pengundi bagi Parlimen Klang yang 'hilang' daripada pengkalan data SPR tiga hari sebelum hari mengundi.

"Ada juga ditukarkan ke Johor dan negeri lain. Dalam masa dua hari saya menerima 11 aduan. Saya pasti lebih ramai yang terlibat dalam penipuan SPR ini," katanya.

charles BN bagi beras 02

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619