Pertikai Kerakyatan Kaum Cina, India : Aziz Bari Saran Polis Siasat Mahathir

23 ஜனவரி 2013, 6:51 AM
Pertikai Kerakyatan Kaum Cina, India : Aziz Bari Saran Polis Siasat Mahathir

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

KUALA LUMPUR 23 JAN : Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari menyarankan polis menjalankan siasatan ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu memberi kerakyatan kepada warga asing di Sabah bagi tujuan pilihan raya.

Malah, tindakan Dr Mahathir mengaitkan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra memberikan kerakyatan kepada orang Cina, India dan bangsa lain ketika sebelum merdeka adalah tidak relevan serta mengarut.

Tegasnya, isu itu juga pasti menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India.

"Ia macam mempertikaikan orang Cina dan India ini mendapat hak kerakyatan, macam ia tidak mengikut undang-undang.

"Seharusnya ada pihak yang membuat laporan kepada polis dan polis menjalankan siasatan ke atas Dr Mahathir," katanya dalam Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi di Dewan Perhimpunan Cina di sini malam tadi.

Dr Aziz berkata, apa dilakukan Tunku Abdul Rahman adalah secara telus dan terbuka berdasarkan syor dan rundingan serta tidak menipu.

Menurutnya, Suruhanjaya Diraja (RCI) yang menjalankan siasatan ketika ini perlu menyiasat penipuan dilakukan melibatkan Dr Mahathir.

"Sampai sekarang sesiapapun boleh memohon menjadi warganegara mengikut peraturan. Yang Dr Mahathir buat pada 1994 ialah dengan secara sembunyi-sembunyi - Projek M dengan ribuan diberikan kepada orang Filipina dan yang lain," katanya.

Berhubung pendidikan percuma sepertimana dijanjikan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya diberikan mandat mentadbir negara, Dr Aziz menjawab, pelbagai program dijalankan Kerajaan Negeri Selangor menjadi bukti bankrap tidak berlaku.

 

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619