Menteri Ada Kuasa Batal Perjanjian Konsesi Air

11 ஜனவரி 2013, 9:59 AM
Menteri Ada Kuasa Batal Perjanjian Konsesi Air

charles santiago

SHAH ALAM, 11 JAN: Kerajaan Pusat mempunyai kuasa mutlak untuk membatalkan perjanjian konsesi yang ditandantangani bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) seperti yang diminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Kerajaan Negeri sebelum ini sudah dua kali menulis surat kepada Kerajaan Pusat bagi mendesak pembatalan perjanjian konsesi berkenaan namun ditolak.

Menurutnya, Seksyen 28 (1) didalam surat perjanjian konsesi menyatakan enam perkara yang boleh membawa kepada keperluan untuk membatalkan perjanjian konsesi.

Antara perkara tersebut adalah kerja-kerja yang diputuskan di dalam perjanjian tidak diikuti dan standard atau kualiti kerja, perkhidmatan tidak mematuhi peraturan perjanjian juga boleh dijadikan sebab untuk membatalkan perjanjian konsesi.

"Kalau kita baca perjanjian konsesi diantara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Syabas, Seksyen 28 (1) menyenaraikan enam sebab yang boleh digunakan oleh menteri menamatkan perjanjian," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Katanya, pembatalan ini boleh diputuskan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui memandangkan Kerajaan Selangor sudah bersedia untuk mengambilalih pengurusan air negeri.

Jelasnya, Peter Chin hanya ingin mengelirukan rakyat memandangkan Selangor kini 'berdepan krisis air' sejak dua minggu lalu.

Peter Chin dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan, bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah menghalang Kerajaan Negeri untuk mengambil alih syarikat konsesi air itu kerana Kerajaan Pusat tidak mempunyai sebarang ekuiti dalam syarikat Syabas kecuali 'golden share' untuk membuat pemantauan.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619