Dr Rani : Bincang Dulu Sebelum Keluar Kenyataan

26 டிசம்பர் 2012, 9:10 AM
Dr Rani : Bincang Dulu Sebelum Keluar Kenyataan

pc rani 2

SHAH ALAM 26 DIS : Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menggesa pemimpin komponen Pakatan Rakyat (PR) supaya berbincang terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan isu agama yang sensitif.

Ini supaya kenyataan itu tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak yang mahu mengalih perhatian daripada isu-isu lain yang dibangkitkan PR seperti pengambilan tanah oleh Umno-BN Selangor.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kontroversi yang dibangkitkan setelah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut agar kalimah Allah dibenarkan di dalam Kitab Injil Bahasa Malaysia.

Dr Rani turut menafikan kenyataan portal Sinar Harian yang mendakwa Pas Selangor mencemuh kenyataan Guan Eng.

"Saya menegaskan Pas Selangor tidak mencemuh, sebaliknya saya hanya mahu isu tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak dan tidak dimanipulasi oleh media.

"Saya juga meminta supaya isu ini tidak dipanjangkan memandangkan ia masih menjadi kes mahkamah," katanya ketika dihubungi.

Oleh kerana isu tersebut masih menjadi kes mahkamah, Dr Abdul Rani menggesa semua pihak agar menunggu keputusan mahkamah.

Sebelum ini, Guan Eng dalam perutusan Hari Natalnya, meminta agar Kerajaan Pusat membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Injil Bahasa Malaysia yang digunakan oleh penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619