MPK Serbu Spa Yang Menjalankan Aktiviti Rumah Urut

6 டிசம்பர் 2012, 10:42 AM
MPK Serbu Spa Yang Menjalankan Aktiviti Rumah Urut
MPK Serbu Spa Yang Menjalankan Aktiviti Rumah Urut
MPK Serbu Spa Yang Menjalankan Aktiviti Rumah Urut

 

SHAH ALAM 6 DIS : Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menyita barangan sebuah spa kesihatan yang menjalankan operasi rumah urut.

Operasi Jabatan Perlesenan dan Penjaja Kecil MPK di Bandar Baru Klang itu diketuai Pegawai Kesihatan Persekitaran MPK, Hasnor Harith selain disertai beberapa Ahli Majlis MPK.

"Kita telah mengeluarkan notis selain mengenakan kompaun terhadap premis tersebut sebelum ini.

"Hari ini kita terpaksa mengambil tindakan tegas setelah segala amaran dikeluarkan tidak diendahkan pengusaha," jelas Hasnor.

Sementara itu, Ahli Majlis MPK, Azmizam Zaman Huri menyeru orang ramai supaya tidak mengunjungi pusat perniagaan yang menjalankan operasi tanpa lesen.

"Sejak 2008, pihak MPK memang tidak lagi mengeluarkan lesen kepada rumah urut.

"Jadi kita mohon agar orang ramai juga tidak menggalakkan perniagaan haram ini kerana jika tiada permintaan, pasti perniagaan mereka ini tidak akan hidup," tegasnya.

Dalam operasi pagi tadi, pihak MPK turut bertindak menanggalkan paparan iklan besar di spa tersebut.

MPK juga mengambil tindakan menurunkan paparan iklan di sebuah kedai perabot di kawasan yang sama.

Iklan tersebut tidak mendapat lesen pengiklanan daripada MPK.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619