Jika Pusat Tiada Wang, Kerajaan Negeri Sedia Dahulukan

27 நவம்பர் 2012, 12:39 PM
Jika Pusat Tiada Wang, Kerajaan Negeri Sedia Dahulukan

SHAH ALAM 27 NOV : Selangor sedia mendahulukan wang rizab negeri bagi penyelenggaraan infrastruktur demi memberi keselesaan kepada rakyat sekiranya Kerajaan Pusat mengeluarkan jaminan surat hitam putih untuk membayar semula wang berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengesa Kerajaan Pusat menunaikan tanggungjawab kerana ini menjadi sebahagian daripada tanggungjawabnya.

Bagi melicinkan gerak kerja ini Kerajaan Negeri akan menubuhkan pasukan khas yang terdiri daripada Menteri Besar, Pegawai Kewangan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Pasukan khas ini akan membentangkan kepada Kerajaan Pusat mana-mana projek atau infrastruktur yang sepatutnya dibangunkan Kerajaan Pusat di negeri ini.

"Jika Kerajaan Pusat memberi kelulusan secara surat hitam putih kepada sesuatu projek menggunakan duit rizab negeri dan bersedia bayar kembali duit, Kerajaan Negeri sedia mendahulukan wang negeri," jelas beliau.

Abdul Khalid yang juga Adun Ijok berkata demikian ketika mengulas peruntukan pembangunan bagi tahun 2013 yang diluluskan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) sebanyak RM59.6 juta.

Beliau turut mempertahankan sistem tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri dalam pemberian kontrak sesuatu projek sejak mengambil alih pemerintahan negeri ini.

Tambahnya, amalan ini terbukti menjimatkan wang peruntukan JKR kira-kira 20 peratus.

Setiap kontraktor jelasnya, hanya dibenarkan untuk memperolehi untung sekitar lapan hingga sepuluh peratus sahaja bagi mengelakkan mereka mengagihkan projek kepada sub-kontraktor.

"Pernah seorang kenalan memberitahu yang beliau memenangi kontrak bernilai RM2 juta namun tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana projek dijalankan.

"Ini kerana menurutnya, beliau mendapat tender kerana kenal Menteri Besar (pada waktu itu) dan sekadar membahagikan kerja kepada sub-kontraktor.

"Amalan ini yang kita akan ubah," tegas Abdul Khalid.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619