Himpunan Hijau Cipta Sejarah Baru Malaysia

26 நவம்பர் 2012, 5:37 AM
Himpunan Hijau Cipta Sejarah Baru Malaysia
Himpunan Hijau Cipta Sejarah Baru Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 NOV - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang memuji semangat dan kesungguh peserta Himpunan Hijau yang konsisten mendesak agar Kerajaan Pusat membatalkan segera projek nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang.

Sambil menggelarkan peserta himpunan yang bermalam di Dataran Merdeka sebagai 'Pencipta sejarah baru Malaysia' Kit Siang berkata rakyat kini lebih faham menzahirkan erti kemerdekaan sebenar dalam mempertahankan hak.

"Selepas 55 tahun kemerdekaan, rakyat memberikan makna baru Dataran Merdeka.

"Ini adalah Dataran Merdeka Rakyat.

"Selepas pilihan raya (PRU-13) marilah membina kerajaan baru dan Malaysia baru yang lebih sejahtera bersama rakyat," katanya dalam ucapan ringkas dihadapan hampir 400 orang peserta pagi ini.

Turut hadir sama dalam himpunan ringkas pagi ini beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain antaranya Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Exco Selangor, Ronnie Liu, Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar .

Semalam menyaksikan hampir 10,000 orang peserta menyertai kumpulan Himpunan Hijau yang telah berjalan kaki hampir 300km bermula di Kuantan, Pahang dan berkumpul di Dataran Merdeka.

Namun, kumpulan berkenaan gagal 'menembusi' kawasan dataran yang dikawal ketat oleh pihak polis dan petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL).

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619