Tetap Tidak Beri Kelulusan Projek Langat 2

21 நவம்பர் 2012, 6:05 AM
Tetap Tidak Beri Kelulusan Projek Langat 2

SHAH ALAM, 21 NOV: Kerajaan Negeri mengulang pendiriannya untuk tidak memberi kebenaran kepada Kerajaan Pusat untuk meneruskan Projek Langat 2 melainkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan terhadap sebarang projek di negeri ini dengan tujuan meningkatkan pembangunan rakyat, namun ia perlu diteliti oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum dilaksanakan.

"Saya tidak menghalang Kerajaan Pusat meneruskan apa-apa projek dengan tujuan meningkatkan pembangunan rakyat," ujarnya dalam semasa Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Dewan Annex, SUK hari ini.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan daripada Ismail Sani (BN-Dusun Tua) berhubung tindakan Kerajaan Negeri sekiranya projek itu tetap dilaksanakan, Abdul Khalid menegaskan, ia perlu dirujuk kepada Perlembagaan.

"Kerajaan Pusat kalau mengikut perlembagaan di mana ia perlu mendapat kelulusan tertentu daripada Kerajaan Negeri untuk melaksanakannya. Tidak boleh dibuat tanpa mendapat kelulusan PBT dan juga kelulusan mengenai perkara tersebut sudah diluluskan di Parlimen," jelas Abdul Khalid.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619