Anwar: Bina Jambatan Ketiga Klang, Bukti Kerajaan PR Cekap Urus Wang

21 நவம்பர் 2012, 5:11 AM
Anwar: Bina Jambatan Ketiga Klang, Bukti Kerajaan PR Cekap Urus Wang
Anwar: Bina Jambatan Ketiga Klang, Bukti Kerajaan PR Cekap Urus Wang
Anwar: Bina Jambatan Ketiga Klang, Bukti Kerajaan PR Cekap Urus Wang

BESTARI JAYA 21 NOV : Keupayaan Kerajaan Negeri Selangor membina jambatan ketiga di Klang berharga RM300 juta adalah bukti Kerajaan Negeri di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengurus kewangan negeri dengan cekap, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk rekod jambatan berkenaan sepatutnya dibina Kerajaan Pusat setelah berjanji untuk membina jambatan berkenaan semasa pilihan raya umum 2008 lalu.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, penjimatan dan pengurusan kewangan berhemah yang diamalkan Kerajaan Selangor berjaya meningkatkan simpanan rizab tunai sehingga RM2.5 bilion yang akhirnya rakyat keseluruhannya menerima manfaatnya.

"Ini adalah contoh kita memilih pemimpin yang boleh laksanakan, kita tengok Kerajaan Negeri boleh buat jambatan, air percuma dan boleh memberikan bantuan kepada rakyat.

"Dan perkara ini tidak berlaku sebelum ini (semasa kerajaan BN), Kerajaan Negeri kini juga mampu membina rumah rakyat. Ia disebabkan berjimat menjaga wang ringgit," kata Anwar.

Beliau berkata, demikian semasa Sambutan Perayaan Deepavali DUN Ijok dan Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat yang diadakan di pekarangan Dewan Bestari Jaya di sini malam tadi.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, jika Negeri Selangor diurus baik dan cekap sejak 15 tahun lepas maka negeri itu mampu menyaingi kemajuan yang dicapai oleh Negara Singapura.

"Kerana sebelum ini kerajaan tidak mengurusnya dengan baik maka Negeri Selangor tidak dapat mencapai maju seperti Singapura.

Beliau berkata, pembentangan belanjawan negeri berimbang selama lima tahun ini adalah untuk memastikan kebajikan rakyat terus dipelihara.

"Pembangunan Selangor lebih maju semenjak di bawah Pakatan Rakyat, Rizab Simpanan Selangor meningkat empat kali ganda," katanya.

Beliau turut berkata, demi kebajikan rakyat projek perumahan mampu milik turut akan dibina di DUN Ijok melalui Belanjawan 2013 yang dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Kira-kira 2,000 penduduk hadir dalam majlis itu yang turut dihadiri Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Bukit Melawati, Ir Muthiah Maria Pillay dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619