Isu PM: Tiada Masalah, Boleh Bincang, kata Anwar

18 நவம்பர் 2012, 4:56 AM
Isu PM: Tiada Masalah, Boleh Bincang, kata Anwar

SHAH ALAM, 18 NOV - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah berhubung kenyataan Perwakilan Dewan Ulama PAS yang mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mentadbir Putrajaya.

Katanya, perkara tersebut boleh dibincangkan dengan baik tanpa sebarang masalah.

"No problem (tiada masalah), tak ada apa. Kita boleh bincang dengan baik," katanya ringkas

Beliau berkata demikian semasa di temui wartawan ketika menghadiri Konvensyen anjuran Yayasan Selangor di Unisel pagi tadi.

Pada sesi perbahasan Muktamar PAS kali ke-58 yang berlangsung di Kota Bharu semalam, Perwakilan Dewan Ulama, Hairun Nizam Mat Husin menegaskan, Abdul Hadi lebih layak untuk jawatan tersebut berbanding Anwar.

Katanya, Ahli PAS sepatutnya berkempen untuk presiden parti dan bukannya pemimpin parti kompenan PR.

Sementara itu, Abdul Hadi dalam sidang media semalam menyatakan beliau tidak pernah berhajat untuk menjadi perdana menteri.

Beliau turut mengingatkan semula kenyataan sebelum ini mengenai kesanggupannya untuk turun semula ke laut, menjadi nelayan jika meninggalkan politik.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619