Yayasan Selangor Anjur Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara

1 நவம்பர் 2012, 7:09 AM
Yayasan Selangor Anjur Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara

SHAH ALAM, 1 NOV : Yayasan Selangor akan menganjurkan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara pada 18 November (Ahad) ini di Dewan Syarahan Universiti Selangor (UNISEL), Seksyen 7 Shah Alam.

Komunikasi Korporat Yayasan Selangor, Saifullah Zulkifli berkata, Yayasan Selangor menganjurkan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara sebagai langkah penambahbaikan terhadap dasar dan sistem pendidikan negara perlu diberikan perhatian.

Ia supaya Dasar Pendidikan Negara tidak tergelincir daripada landasan pembinaan negara-bangsa yang bertamadun.

"Pakar-pakar pendidikan dikumpulkan bagi mengkaji dan membahaskan isu-isu dasar pendidikan di Malaysia dengan perjalanan konvensyen dibahagikan kepada beberapa sesi.

"Sesi pertama adalah merupakan ucaptama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku mantan Menteri Pendidikan Malaysia dan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia," kata Saifullah dalam kenyataan medianya.

Saifullah berkata, sidang kedua adalah bengkel selari dengan pembentangan 15 kertas kerja serentak dengan pengulas berkenaan pelbagai topik yang berlegar di sekitar pendidikan.

Sidang terakhir adalah resolusi serta penutup oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Konvensyen ini adalah hasil daripada Perbincangan Meja Bulat Pendidikan Malaysia yang diadakan pada 8 September 2012 di Hotel Quality, Shah Alam anjuran Pejabat Exco Pendidikan Negeri Selangor.

"Konvensyen ini menarik untuk diberi perhatian kerana selain daripada membahaskan aspak halatuju pendidikan dan falsafah pendidikan, program ini turut membahaskan isu pendidikan vokasional, pengajian tinggi, sekolah rendah dan menengah.

"Turut dibincangkan adalah isu pendidikan kaum Cina, India, Sabah dan Sarawak yang kini hangat dibahaskan," kata Saifullah.

Kata beliau, penyertaan adalah percuma.

Kepada yang berminat untuk hadir sebagai peserta boleh menghubungi pihak Yayasan Selangor di talian 03-79551212 atau hubungi Sdr Saifullah Zulkifli 013-3005461, saifullahzulkifli@gmail.com.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619