Mohd Roslan Kekal Datuk Bandar MBPJ

2 அக்டோபர் 2012, 5:36 AM
Mohd Roslan Kekal Datuk Bandar MBPJ

PETALING JAYA 2 OKT : Datuk Mohamad Roslan Sakiman masih kekal sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) kerana jawatan berkenaan adalah statutori yang tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan.

Kenyataan ini dikeluarkan Sekretariat Media Unit Perhubungan Awam MBPJ hari ini.

Tulis kenyataan itu lagi, oleh kerana arahan tersebut adalah tidak sah, maka Mohamad Roslan masih lagi merupakan Datuk Bandar MBPJ dan masih boleh berkhidmat di MBPJ.

Ini kerana, Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976, jelas memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Datuk Bandar, di mana Datuk Bandar dilantik mengikut prosedur di bawah undang-undang.

Surat itu juga memaklumkan MBPJ tidak bersetuju dengan surat arahan penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kepada Mohamad Roslan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Surat yang bertarikh 27 September 2012 tersebut diterima oleh Majlis pada 28 September 2012 dan arahan penempatan Mohamad Roslan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2012.

"Dengan ini Majlis dengan tegas membantah arahan tersebut yang ternyata bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang jelas menyatakan memberi kuasa mutlak kepada Kerajaan Negeri untuk melantik Datuk Bandar Pihak Berkuasa Tempatan.

"Arahan pertukaran tersebut adalah tidak sah kerana Mohamad Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya oleh Kerajaan Negeri dan perlantikan itu masih berkuatkuasa, " kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu juga memaklumkan pada masa ini MBPJ dalam proses menyediakan bajet 2013 yang mana bertemakan PJ Prihatin.

Bajet ini dikemukakan kepada penduduk PJ yang mana kini dalam proses akhir pembentangan bajet yang dijadualkan pada hari Rabu, 3 Oktober ini.

"Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan secara serta merta dan tergesa-gesa ini akan menjejaskan proses penyediaan bajet 2013 ini yang melibatkan kepentingan orang awam khususnya rakyat Petaling Jaya juga boleh menjejaskan sistem pentadbiran dan pengurusan MBPJ," kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan tegasnya menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam memandang serius perkara ini. Kemungkinan perkara ini terpaksa dibawa ke mahkamah untuk satu deklarasi yang menyatakan tindakan arahan penempatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik kepada Mohamad Roslan adalah tidak sah dan ultra vires.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619