MBSA Menanam “Pokok Malaysia”

15 செப்டெம்பர் 2012, 5:30 AM
MBSA Menanam “Pokok Malaysia”
MBSA Menanam “Pokok Malaysia”
MBSA Menanam “Pokok Malaysia”

SHAH ALAM, 15 SEPT : Lebih 25,000 batang pokok telah ditanam di sekitar Shah Alam sejak program penanaman pokok 'Shah Alam Trees For Life' dimulakan dua tahun lalu.

Program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu juga telah melibatkan 4,635 orang sukarelawan dari pelbagai agensi, kata Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad.

Di dalam siri terbaru program tersebut, sebanyak 100 pokok ditanam di Kolam Takung Banjir, Seksyen 5, di sini.

Acara sempena hari Malaysia itu disertai kira-kira 150 peserta daripada Sime Darby Property Berhad, Ibu Pejabat Polis (IPK) Selangor, Kolej Sunway, dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Eco Warriors dan Sunway Volunteer Society.

"Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, program kali ini memberikan sedikit kelainan berbanding program penanaman pokok yang lepas.

?Tahun ini, MBSA mengadakan acara menggantung tanda nama pada sebatang pokok yang diberi nama Pokok Malaysia sebagai simbolik pada Hari Malaysia," katanya.

Antara pokok yang ditanam ialah Tabebuia Pentaphylla (Tecoma) dan Salix Babylonica (janda merana) yang memenuhi kawasan sekitar kolam takungan berkeluasa lima hektar.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619