19 Pesara MBPJ Yang Berkhidmat Lebih Tiga Dekad Terima Penghargaan

14 ஜூலை 2012, 6:44 AM
19 Pesara MBPJ Yang Berkhidmat Lebih Tiga Dekad Terima Penghargaan

PETALING JAYA, 14 JUL : Mereka di antara 117 warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang diraikan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Sivik MBPJ malam tadi.

Seorang pesara, Ramathas Alagan, 60, berkata, beliau mula berkhidmat pada Januari 1978 sebagai Pembantu Tadbir di Jabatan Kesihatan Persekitaran MBPJ.

"Saya mendapat pelbagai pengalaman dan kenangan manis semasa berkhidmat di sini dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada warga kerja MBPJ untuk terus maju di masa hadapan," katanya ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan di majlis itu.

Pesara dari Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Hassan Tambah, 58, mengucapkan terima kasih di atas penghargaan yang diberikan MBPJ kepadanya.

"Walaupun saya ini orang lama, ternyata MBPJ tidak melupakan sumbangan kakitangannya yang telah lama berkhidmat disini," ujarnya yang memulakan perkhidmatan bersama MBPJ sejak 1977 lagi.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 dan Penghargaan Pesara 2012 itu dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan dihadiri Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman.

Mohamed Khusrin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua pesara yang diraikan di atas bakti yang diberikan bermula dari awal dilantik sehingga ke akhir perkhidmatan.

"Sesungguhnya, jasa yang ditaburkan para pesara ini amat besar maknanya dan akan terus dikenang di MBPJ," katanya.

Dalam majlis yang sama, 117 warga kerja MBPJ daripada pelbagai jabatan turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 berupa sijil penghargaan dan wang tunai.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619