SELCAT Cadang Pendengaran Awam Isu Talam

9 ஜூலை 2012, 10:51 AM
SELCAT Cadang Pendengaran Awam Isu Talam

SHAH ALAM, 9 JULAI : Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (Selcat) akan memanggil sesi pendengaran awam berhubung isu Talam Corporation Berhad (Talam) jika badan tersebut tidak berpuashati dengan penjelasan daripada Kerajaan Negeri.

Ini berikutan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata beliau tidak akan membuat penjelasan mengenai isu tersebut di dalam sesi Dewan Negeri Selangor yang bermula hari ini.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) merangkap Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chang Kim berkata pihaknya akan meneliti kenyataan yang akan dibuat Abdul Khalid sebelum mengambil tindakan lanjut.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Menteri Besar menjelaskan perkara itu dalam sesi penggulungan sidang DNS kali ini.

"Menteri Besar perlu mengambil peluang dengan memberikan penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan yang wujud dalam penstrukturan hutang Talam.

"Maka dengan ini kita akan menelitinya dan jika ahli jawatankuasa Selcat berpuashati dengan kenyataannya maka tiada tindakan lanjut.

?Kalau tidak berpuashati maka kita akan memanggil sesi pendengaran," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata beliau hanya akan mengulas isu kutipan hutang Talam selepas MCA menjelaskan dakwaan mereka terdapat transaksi meragukan di dalam isu Talam berjumlah RM1 bilion.

Dakwaan tersebut dibuat Selasa lalu, oleh Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong walaupun jumlah hutang Talam hanya RM392 juta.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619