AMK Kerah Seluruh Jentera Turun Demo Anti-PTPTN

8 ஏப்ரல் 2012, 9:49 AM
AMK Kerah Seluruh Jentera Turun Demo Anti-PTPTN

SHAH ALAM 08 APRIL : Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan memberi sokongan penuh pada demo Anti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang akan diadakan pada 14 April depan.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata AMK akan mengerakkan seluruh jenteranya sendiri bagi menyokong mahasiswa dan ?mangsa? hutang pinjaman PTPTN itu.

"Dalam perbincangan bersama aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim semalam, kami membuat keputusan untuk turun padang bersama mahasiswa dan mangsa PTPTN itu sendiri sebagai rangsangan terhadap mereka," katanya.

Demo Anti PTPTN itu akan diadakan di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Sebelum ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan ?mangsa? hutang pinjaman PTPTN akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Tambah Shamsul, AMK akan mengadakan perbincangan dengan Dewan Pemuda PAS (DPP) sebelum demo itu bagi membincangkan mengenainya.

Katanya, AMK juga akan bergabung tenaga dengan DPP dalam demo itu nanti.

"Dataran itu akan dijadikan sebagai medan perhimpunan untuk memberi tekanan kepada kerajaan berhubung pemansuhan pinjaman PTPTN.

"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya.

Perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619