Iskandar : Rumah Terbengkalai, Kuasa Negeri Terhad

3 ஜனவரி 2012, 11:04 AM
Iskandar : Rumah Terbengkalai, Kuasa Negeri Terhad

SHAH ALAM : Kuasa kerajaan negeri untuk mengambil tindakan ke atas pemaju projek perumahan terbengkalai adalah terhad kerana kuasa itu tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan yang boleh mengambil tindakan tegas dan segera.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata kerajaan negeri hanya boleh mengambil alih tanah atau merampas tanah pemaju di dalam keadaan tertentu.

"Ia pernah dilakukan di Bukit Botak. Untuk Ukay Bistari, projek tersebut sedang berjalan walaupun perlahan. Adalah tidak praktikal bagi kerajaan negeri untuk merampas semua tanah-tanah daripada Syarikat Talam yang melibatkan projek perumahan terbengkalai," kata Iskandar dalam kenyataan medianya.

Menurut Iskandar, kuasa yang ada pada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan) adalah lebih luas.

Menteri boleh mengambil mana-mana projek dan memberikannya kepada pihak ketiga. Menteri juga boleh memaksa pemaju menerima nasihat dari pihak ketiga bagaimana hendak menguruskan projek mereka tetapi kuasa ini jarang digunakan.

"Mungkin telah sampai masanya Menteri menggunakan kuasanya bagi projek-projek Talam.

"Kerajaan Negeri akan sentiasa membantu untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai. Mesyuarat diadakan dari masa ke semasa untuk memantau kemajuan projek-projek itu," katanya.

Tambah Iskandar, pihak berkuasa tempatan(PBT) dan agensi-agensi berkaitan sentiasa menghulur bantuan untuk memastikan sebarang kelulusan dapat disegerakan. Tetapi keselamatan dan kepentingan rakyat tidak akan dikompromi.

"Maka di dalam menangani pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab dan tidak pernah menepati janji, Menteri mesti menggunakan kuasanya," katanya.

உங்கள் கருத்து என்ன?

அண்மைய செய்திகள்
MidRec
Media Selangor
எங்களைப் பற்றி

Media Selangor Sdn Bhd என்பது சிலாங்கூர் மந்திரி பெசார் கழகத்தின் (MBI) துணை நிறுவனம் ஆகும். இது மாநில அரசின் ஊடக ஏஜென்ஸியாக செயல்படுகிறது. Selangorkini மற்றும் SelangorTV ஆகியவற்றுடன் கூட, இந்த நிறுவனம் சீனம், தமிழும் மற்றும் ஆங்கிலத்திலும் இணையதளங்கள் மற்றும் பத்திரிகைகளை வெளியிடுகிறது.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619