AGENDA

Tiada kes positif Covid-19 di Taman Nilam, Tanjung Karang

2 Apr 2020, 2:20 AM
Tiada kes positif Covid-19 di Taman Nilam, Tanjung Karang
Tiada kes positif Covid-19 di Taman Nilam, Tanjung Karang

SHAH ALAM, 2 APRIL: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan berhubung laporan wujud kes positif Covid-19 di Taman Nilam, Sungai Terap di Tanjung Karang.

Perkara sama disangkal Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin yang dikongsi menerusi Twitter MKN dengan memaklumkan berita disebar warga maya menerusi kiriman teks dan nota suara itu menimbulkan kegusaran penduduk di Dewan Undangan Negerinya.

"Sebenarnya, ada ambulans masuk ke Taman Nilam tetapi ia hanya kematian biasa. Oleh itu, semua pihak perlu memastikan setiap berita diterima adalah sahih sumbernya sebelum dikongsi.

"Pada masa sama penduduk diingatkan untuk terus tinggal di rumah dan mengekalkan jarak sosial. Kewajipan kita adalah memutuskan rangkaian Covid-19 ini," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619