Amaran ribut petir di banyak negeri petang ini

29 Apr 2026, 9:14 AM
Amaran ribut petir di banyak negeri petang ini

SHAH ALAM, 29 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan antara kawasan terjejas ialah Perlis serta Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.

Turut terlibat ialah Pulau Pinang (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah) serta Pahang merangkumi Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.

Di Selangor, amaran melibatkan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang selain turut merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagi Johor, kawasan terlibat ialah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Di Sarawak, kawasan terjejas termasuk Serian, Simunjan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kanowit, Tanjung Manis, Daro dan Song, manakala di Sabah melibatkan Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Kinabatangan di Sandakan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan susulan jangkaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang berpotensi berlaku lebih sejam.

Amaran ribut petir adalah bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619