SD Guthrie, MBI perkukuh kerjasama pembangunan tanah strategik

28 Apr 2026, 12:01 PM
SD Guthrie, MBI perkukuh kerjasama pembangunan tanah strategik

SHAH ALAM, 28 APRIL: SD Guthrie Berhad menyasarkan nilai jangka panjang melalui pembangunan tanah strategik dan kawasan industri bagi menyokong transformasi ekonomi Selangor.

Pengerusi Kumpulannya, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memacu pembangunan berimpak tinggi di negeri ini dan peringkat nasional.

"Kami menyasarkan untuk mewujudkan nilai jangka panjang melalui pembangunan tanah strategik dan menjadikan industri berkelompok bagi menyokong transformasi ekonomi di negeri ini.

"Pengurusan tanah secara sistematik mampu meningkatkan nilai ekonomi, integriti alam sekitar dan keseimbangan sosial di samping meningkatkan keyakinan pelabur," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor dan SD Guthrie Berhad di Courtyard by Marriott Setia Alam di sini hari ini.

Pengerusi SD Guthrie Berhad, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani berucap ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kumpulan MBI Selangor dan SD Guthrie Berhad di Courtyard by Marriot Hotel, Setia Alam pada 28 April 2026. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Tambahnya, kerjasama itu dibina atas hubungan kepercayaan kukuh antara kedua-dua pihak susulan kejayaan projek pembangunan bersepadu sebelum ini di Pulau Carey.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop menyifatkan kerjasama pembangunan aeroangkasa itu sebagai permulaan yang baik dalam memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri.

Katanya, projek berkenaan dijangka menjadi nod pertumbuhan strategik di bawah Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan Selangor (IDRISS), selain memperkukuh ekosistem penerbangan negeri dengan memanfaatkan lokasi berhampiran KLIA.

"Inisiatif ini mencerminkan fokus berterusan dalam membina landskap ekonomi yang berdaya saing, berdaya tahan serta mampan untuk memberikan nilai jangka panjang kepada rakyat.

"Kita yakin ramai pelabur akan datang dan berminat dengan pembangunan di sini. Malah, Invest Selangor juga sentiasa berusaha secara aktif untuk menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619