Suhu dijangka lebih 40 darjah Celsius, uji ketahanan jemaah haji di Arafah

25 Apr 2026, 4:36 AM
Suhu dijangka lebih 40 darjah Celsius, uji ketahanan jemaah haji di Arafah

MAKKAH, 25 APRIL: Cuaca panas dengan suhu dijangka melebihi 40 darjah Celsius sepanjang musim haji tahun ini, berpotensi menguji ketahanan fizikal jemaah khususnya ketika kemuncak ibadah di Arafah.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir berkata keadaan cuaca panas melampau itu, boleh meningkatkan risiko kesihatan seperti dehidrasi dan strok haba sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

“Jemaah perlu bersedia menghadapi suhu tinggi dengan memastikan pengambilan air mencukupi serta mengehadkan aktiviti luar yang tidak perlu, ketika waktu puncak panas.

“Dalam keadaan suhu yang boleh mencecah lebih 40 darjah Celsius, jemaah perlu lebih peka terhadap tahap kesihatan masing-masing bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Jemaah Haji Malaysia KT01 di Mekah bagi Musim Haji 1447/2026 pada Khamis.

Beliau turut mengingatkan jemaah supaya segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom seperti pening, loya, keletihan melampau atau kekeliruan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

Musim haji 2024 telah merekodkan antara suhu tertinggi dalam sejarah, dengan bacaan mencecah 51.2 darjah Celsius, sekali gus memberi gambaran jelas mengenai tahap cuaca panas ekstrem yang dihadapi jemaah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619